India Yamaha Motor Pvt. Ltd. pada bulan Januari 2022 yang lepas telah mengumumkan kemaskini dua pilihan warna terbaharu iaitu Matte Copper dan Matte Black, untuk model Yamaha FZS 25 2022. Bagi varian Yamaha FZ 25 2022 pula, model tersebut akan terus menawarkan dua pilihan warna sebelumnya iaitu Racing Blue dan Metallic Black.
Tag: Yamaha FZ 25
Yamaha FZ 25 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2021 dilancarkan di pasaran India, harga RM 7,762.32
Salah sebuah model motosikal keluaran Yamaha yang ditawarkan di pasaran India ialah Yamaha FZ 25. Terkini, India Yamaha Motor Pvt. Ltd. telah menawarkan versi terbaharu untuk model berkenaan, dalam skim warna Monster Energy Yamaha MotoGP Edition. Untuk pasaran India, harga jualannya adalah sebanyak Rs. 1,36,800 (RM 7,762.32).




