Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. pada kelmarin secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan tiga buah model terbaharu dengan enjin bersesaran 150cc di pasaran tempatan, bermula pada akhir tahun ini atau pada awal tahun depan. Ketiga-tiga model berkenaan ialah Suzuki Belang R150, GSX-S150 dan GSX-R150.

