Pada bulan November 2021 yang lepas, Honda dengan rasminya telah mendedahkan bahawa mereka bakal melancarkan kembali model Honda Hornet. Hari ini, Honda telah mendedahkan lakar terbaharu model tersebut, yang dihasilkan oleh pusat R&D Honda di Rom, Itali, bersama-sama kolaborasi rapat dengan pusat R&D Honda di Jepun.

