Selepas model Kawasaki Ninja ZX-10R ABS KRT Edition 2023, Kawasaki Ninja 650 2023 dan Kawasaki Ninja 400 2023 yang tampil dengan skim warna KRT Edition versi terbaharu, kini tiba pula giliran model Kawasaki Ninja 125 2023. Khusus untuk pasaran Eropah bagi musim 2023, pilihan warna KRT Edition itu menjadi pilihan warna tunggal.
Tag: Kawasaki Ninja 125
Kawasaki Ninja 125 2022 di pasaran Eropah kini mempunyai tiga pilihan warna, harga bermula dari RM 24,083.84
Untuk musim 2021, Kawasaki Ninja 125 di pasaran Eropah hanya diperkenalkan dalam pilihan warna tunggal Lime Green / Ebony / Pearl Blizzard White (KRT Edition). Untuk musim 2022, model itu telah menerima tambahan dua warna baharu Pearl Flat Stardust White / Metallic Spark Black dan Metallic Spark Black / Metallic Flat Spark Black.
Kawasaki Ninja 125 2021 terima warna KRT Edition baharu
Kawasaki Motors Europe pada awal November 2020 yang lepas telah memperkenalkan Kawasaki Ninja 125 2021, dengan pilihan warna tunggal KRT Edition versi baharu. Juga dikenali dengan nama Lime Green / Ebony / Pearl Blizzard White, skim warna baharu itu sebelum ini diperkenalkan untuk model Ninja 400, Ninja 650 dan Ninja ZX-6R 2021.



