Honda Motor Europe pada kelmarin telah memperkenalkan Honda CBR650R 2023, yang kini telah menerima penampilan visual terbaharu yang lebih menarik. Model sport bike kelas pertengahan itu masih mengekalkan dua pilihan warna terdahulu iaitu Grand Prix Red dan Matt Gunpowder Black Metallic, namun ianya kini telah dikemaskini semula melibatkan skim warna dan grafik terkini.
Tag: Honda CBR650R
Honda CBR650R 2022 diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan kemaskini warna dan jalur grafik baharu
Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda CBR650R 2022 terbaharu, yang kini tampil dengan kemaskini warna dan jalur grafik baharu. Untuk pasaran Malaysia, model sports kelas pertengahan itu ditawarkan dengan harga asas RM 45,499.00, dan tempoh jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perbatuan, yang mana tiba lebih dahulu.
Honda CBR650R 2022 di pasaran Eropah terima kemaskini baharu jalur grafik
Model sportbike Honda CBR650R 2021 di pasaran Eropah sebelum ini telah menerima beberapa naik taraf terbaharu, dan model tersebut kemudiannya telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Februari 2021 yang lepas. Harga jualan asasnya ialah sebanyak RM 45,499.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Honda CBR650R 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 45,499.00
Honda CBR650R 2021 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 43,511.31
Honda CBR650R 2021 buat pertama kalinya diperkenalkan di pasaran Eropah pada 01hb. Oktober 2020 yang lalu, dan kemudiannya diperkenalkan pula di pasaran Jepun pada tarikh 11hb. Disember 2020. Kini pasaran Thailand turut menerima kehadiran model tersebut, dengan tanda harga 324,300 THB (bersamaan RM 43,511.31).






