PT. Astra Honda Motor hari ini rasmi melancarkan model Honda CBR250RR 2023 versi facelift terbaharu, yang kini tampil lebih sporty dan gagah. Perubahan utama ialah pada wajah depan, fairing sisi dan cover tangki bahan api, bukan sahaja untuk meningkatkan nilai estetikanya, malah menjadikan jentera sport bike berprestasi itu lebih aerodinamik.

