PT Astra Honda Motor (AHM) baru saja melancarkan model Honda CB150 Verza 2021 untuk pasaran Indonesia, dalam tiga pilihan skim warna terbaharu yang kelihatan lebih sporty dan gagah. Honda CB150 Verza merupakan sebuah model naked bergaya klasik dan moden, dilengkapi lampu depan jenis bulat dengan pelbagai teknologi yang terkini.