Selepas pasaran Indonesia dan Thailand, model skuter adventure terbaharu Honda ADV160 2022 kini rasmi dilancarkan di pasaran Filipina. Model tersebut didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Matte Solar Red Metallic, Matte Pearl Crater White, dan Matte Gunpowder Black Metallic. Harganya ialah sebanyak ₱ 164,900.00, bersamaan RM 13,210.21.