Triumph Motorcycles Malaysia hari ini rasmi melancarkan model terbaharu iaitu Triumph Tiger Sport 660 2022, dengan harga bermula dari RM 49,900.00. Menurut sumber dari Paultan.org, harga itu ialah untuk dua pilihan warna Lucerne Blue / Sapphire Black dan Graphite / Black, dan harga RM 50,900.00 pula untuk warna Korosi Red / Graphite.