Dalam bulan November 2020 yang lepas, GPX Thailand secara rasminya melancarkan model skuter terbaharu GPX Drone 2021. Model tersebut terhasil daripada kerjasama di antara GPX Thailand dan SYM Taiwan. Kemudiannya untuk pasaran Malaysia, SYM telah melancarkan model yang sama SYM Jet X 150 2021, dalam bulan Mei yang lalu.
Tag: GPX Drone
Galeri : GPX Drone di pasaran Thailand
Salah sebuah model skuter terbaharu yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini ialah GPX Drone, hasil kerjasama di antara syarikat pengeluar motosikal GPX Thailand dan pengeluar skuter terkenal SYM Taiwan. GPX Drone yang dikuasakan enjin 150cc tampil dengan reka bentuk menarik dan telah pun ditawarkan di pasaran Thailand.
GPX Drone akan tiba di pasaran Malaysia pada Jun 2021
Skuter maxi terbaharu GPX Drone yang sporty dan bergaya serta dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik, baru saja dilancarkan di pasaran Thailand. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak THB 65,900.00 untuk varian Standard, THB 69,800.00 untuk varian Keyless dan THB 70,800.00 untuk varian Keyless Special Edition.
Model skuter baharu GPX Drone rasmi dilancarkan di pasaran Thailand, dihasilkan dengan kerjasama SYM Taiwan
GPX Thailand hari ini mengorak langkah bergaya dengan melancarkan model skuter pertama GPX Drone yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat terkenal SYM Taiwan. Nama yang diberikan mungkin kedengaran agak janggal, namun GPX Drone tampil dengan reka bentuk yang sporty, menawan dan spesifikasi yang cukup menarik.





