Sekitar bulan Ogos 2022 yang lepas, Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. telah rasmi mengumumkan bahawa syarikat pengeluar motosikal tempatan itu akan melancarkan beberapa buah model baharu pada tahun 2023. Terkini menurut sumber yang boleh dipercayai, Aveta bakal melancarkan sebuah model sport bike terbaharu dengan enjin 250cc, pada pertengahan Januari 2023 akan datang.