Selain daripada Yamaha Tricity 125 2022, pasaran Eropah pada masa yang sama turut ditawarkan model Yamaha Tricity 155 2022. Berbanding Tricity 125 dengan enjin 125cc, Tricity 155 memiliki enjin 155cc (4-stroke, liquid-cooled, SOHC, single cylinder, 4-valves, VVA, Euro 5) yang menghasilkan 14.9hp @ 8,000rpm dengan tork 14Nm @ 6,500rpm.