GPX Thailand pada dua hari yang lepas secara rasminya melancarkan model terbaharu GPX Legend250 Twin III 2022, dengan harga jualan sebanyak THB 86,500, bersamaan nilai RM 11,075.78 mengikut kadar semasa. Model bergaya klasik itu tampil dengan tiga pilihan warna yang cukup menarik iaitu White Everest, Green Forest dan Black Night.