Di pasaran Peru, Amerika Selatan, model skuter Honda Vario 150 tidak ditawarkan oleh Honda Motos Peru. Bagaimanapun untuk para peminat model tersebut di sana, mereka tetap mempunyai pilihan yang tidak kurang menariknya, melalui pengenalan model klon Infinity 150 2021. Model skuter itu ditawarkan oleh syarikat tempatan JCH Motos.