Untuk anda yang mahukan sebuah model moped bertaraf ‘rare’ dan jarang-jarang dapat dilihat di jalan raya, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) pada ketika ini masih menawarkan model Yamaha Y15ZR Doxou edisi terhad, yang dilancarkan dalam bulan Ogos 2019 yang lalu. Harga asasnya ketika itu ditetapkan sebanyak RM 8,168.00.