FAQ: 10 soalan tentang QJMOTOR e-LTR (2025)

Berapa harga QJMOTOR e-LTR (2025) di Malaysia?

  • Harga asas rasmi ialah RM6,999. Tapi ada rebat insentif MARiiCas, sebanyak RM2,400. Selepas tolak rebat harga MARiiCas, harga badan akan menjadi RM4,599 (tidak termasuk insurans & pendaftaran).

QJMOTOR e-LTR ada insentif MARiiCas?

  • Ya, skuter ini layak dapat rebat RM2,400 di bawah program ​Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas).

Berapa warna pilihan QJMOTOR e-LTR (2025)?

  • Dua pilihan warna iaitu Putih dan Biru Gelap.

Berapa jauh jarak tunggangan bagi setiap cas penuh?

  • Sekali cas penuh, skuter boleh mencapai jarak sehingga 105 km.

Berapa lama masa mengecas bateri QJMOTOR e-LTR?

  • Cas dari 30% ke 80% mengambil masa sekitar 5 hingga 6 jam.

Apa kapasiti bateri QJMOTOR e-LTR (2025)?

  • Ia menggunakan pek bateri litium ion 27Ah (1 pek standard). Boleh tambah pek bateri kedua tapi kena bayar kos tambahan.

Apa motor elektrik yang digunakan dan berapa kuasa output?

  • Motor elektrik dengan output kuasa 3,000 kW dan sistem penyejukan udara.

Berapa berat QJMOTOR e-LTR (2025)?

  • Berat kasar keseluruhan 98.5kg. Berat bateri sahaja ialah 13.5kg. Berat skuter tanpa bateri pula 85kg.

QJMOTOR e-LTR ada ABS?

  • Tidak, tetapi ia ada Sistem Brek Kombi (CBS) dengan cakera depan & belakang.

Apa saiz tayar QJMOTOR e-LTR?

  • Depan 100/90-12, belakang 110/90-12.