Masihkah ada yang mengingati sebuah model moped keluaran Honda yang bernama Honda City Sport One, atau lebih dikenali dengan nama Honda CS1? Model itu pernah ditawarkan di pasaran Indonesia bermula dari tahun 2008 sehingga 2014. Namun mungkin kerana reka bentuknya yang mendahului zaman, jualannya dikatakan kurang memberangsangkan.

