Sekitar bulan September 2020 yang lepas, dunia permotoran telah dikejutkan dengan kemunculan sebuah model motosikal terbaharu mirip Kawasaki Ninja ZX-10R. Model tersebut ketika itu lebih dikenali dengan nama Finja 500, dan kini lebih banyak informasi mengenainya muncul di dalam internet terutamanya dari negara asalnya China.
Category: Motosikal
Honda Africa Twin buatan China ini dilengkapi enjin 500cc, dua tangki petrol dan kelengkapan kamera depan belakang
Model kembara Honda Africa Twin 2021 diperkenalkan pada penghujung tahun yang lepas, dan dikuasakan enjin bersesaran 1,084cc (SOHC Liquid-cooled 4-stroke 8-valve Parallel Twin with 270° crank and Uni-cam) yang kini bertaraf Euro 5, dengan hamburan kuasanya mencapai 100.5hp @ 7,500rpm dengan tork puncak 105Nm @ 6,250rpm.
Atlas Panther SH50 2021 di pasaran Morocco, rekaannya mirip model skuter Honda SH125i
Ini merupakan sebuah model yang diberi nama Atlas Panther SH50, yang dilancarkan di pasaran Morocco sejak tahun 2020 yang lepas. Model ini dikatakan mempunyai enjin bersesaran hanya 50cc, namun tidak pasti sama ada maklumat itu tepat atau pun tidak. Model ini dilihat lebih sesuai jika menggunakan enjin bersesaran 110cc atau 125cc.
Moto S450RR 2021 kini tampil dengan pilihan warna lebih menarik, versi klon model BMW S1000RR
Pada bulan September 2020 yang lalu, dunia permotoran dikejutkan dengan kehadiran sebuah model motosikal baharu buatan China, dengan penampilan mirip model terkenal BMW S1000RR. Model yang bertaraf klon tersebut ketika itu muncul dalam satu pilihan warna sahaja, namun kini ianya didatangkan dengan beberapa pilihan warna lain.
Husqvarna Svartpilen 250 versi klon di pasaran China
Pasaran Malaysia baru-baru ini telah menerima kehadiran model terbaharu Husqvarna Svartpilen 250 2021, yang tampil dengan gaya rekaan unik dan tersendiri. Di pasaran global yang lain, tidak pasti setakat mana popularnya model Svartpilen 250 ini, namun didapati ianya telah mendapat perhatian syarikat pengeluar motosikal dari China.
Replika Yamaha YZF-R1 2021 muncul dari pasaran China
Ini merupakan model terbaharu buatan pengeluar motosikal dari China, yang kini mula ditawarkan untuk pasaran tahun 2021. Nama sebenar model ini bergantung kepada syarikat mana yang akan mengedarkannya, termasuk beberapa pilihan kapasiti enjin seperti 196cc, 223cc, 367cc dan 400cc, yang kesemuanya dikatakan bertaraf Euro 4.






