WMoto Malaysia bakal melancarkan sebuah model skuter terbaharu pada keesokan hari, pada jam 11.00 pagi yang akan disiarkan secara maya melalui laman Facebook rasmi mereka. Setakat ini Arena Motosikal telah pun mempunyai gambar-gambar menarik model tersebut, namun hanya akan disiarkan esok selepas pelancarannya.
Category: Motosikal
Yamaha M-Slaz buatan China ini tampil dengan rekaan sama sepenuhnya, dilengkapi enjin bersesaran 223cc
Salah sebuah model motosikal keluaran Yamaha yang mendapat perhatian ramai pada tahun 2016 yang lalu ialah Yamaha M-Slaz. Model tersebut dilancarkan di pasaran Thailand, kemudiannya di pasaran Indonesia, Vietnam, Filipina dan Singapura. Sayang sekali model tersebut tidak dibawa masuk secara rasmi untuk pasaran Malaysia.


