Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini memperkenalkan kemaskini warna terbaharu untuk model skuter Honda Vario 150 2020, yang kini didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Magellanic Black, Force Silver Metallic dan Sword Silver Metallic. Warna terdahulu Repsol Edition masih kekal ditawarkan seperti biasa.
Category: Boon Siew Honda
Honda EX5 Dream 100 versi New Old Stock masih di pasaran
Model motosikal kapcai bertaraf legenda Honda EX5 High Power 100 dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 1987. Kemudiannya pada tahun 2003, model tersebut digantikan oleh model generasi baharu Honda EX5 Dream 100, namun masih mengekalkan reka bentuk yang sama kecuali mempunyai perbezaan di bahagian enjin.
Honda CB500F 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM 33,999.00
Lebih setahun yang lalu pada tarikh 19hb. Jun 2019, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) secara rasminya melancarkan tiga model terbaharu CBR500R, CB500X dan CB500F, untuk pasaran Malaysia. Ketiga-tiga model motosikal tersebut telah menerima kemaskini baharu untuk musim jualan 2019, termasuk skim warna dan grafik terkini.
Honda CB500X 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM 36,099.00
Untuk peminat motosikal dalam segmen kembara atau adventure, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) sejak pertengahan tahun lepas telah menawarkan model Honda CB500X 2019 di pasaran tempatan. Harga jualan untuk model berkenaan ditetapkan sebanyak RM 36,099.00, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Honda CB250R 2019 ditawarkan di pasaran Malaysia
Model ‘Neo Sports Café’ Honda CB250R pada mulanya diperkenalkan di pasaran Malaysia oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) dalam tahun 2018. Kemudiannya pada 16hb. Mei 2019, versi kemaskini terbaharu telah dilancarkan, dalam tiga pilihan warna iaitu Candy Chromosphere Red, Graphic Black dan Mat Crypton Silver Metallic.
Honda BeAT 2019 di pasaran Malaysia, harga RM 5,365.00
Untuk pasaran tempatan, salah sebuah model skuter menarik dan bergaya yang ditawarkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) ialah Honda BeAT 2019, yang diperkenalkan secara rasmi pada tarikh 11hb. Januari 2019 yang lalu. Model tersebut sebelum ini dilancarkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia pada tahun 2016.






