Model terbaharu Honda Wave 125i model tahun 2019 secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia pada tarikh 19hb. November 2018 yang lalu. Mempunyai penampilan terkini yang lebih moden berbanding generasi sebelumnya, model berkenaan hadir dalam dua varian iaitu Single Disc-Brake dan Double Disc-Brake.
Category: Boon Siew Honda
Honda CBR500R 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM 34,499.00
Salah sebuah model menarik yang ditawarkan di pasaran Malaysia ketika ini ialah Honda CBR500R 2019, yang diperkenalkan pada bulan Jun 2019 yang lepas. Model ini dilengkapi enjin bersesaran 471cc (8-valve, liquid-cooled, parallel twin-cylinder) yang menawarkan kuasa maksimum 49.6hp @ 8,500rpm, dengan tork 45Nm @ 6,500rpm.
Honda CBR650R 2019 di pasaran Malaysia, RM 45,499.00
Honda CBR650R 2019 secara rasminya diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tarikh 11hb. April 2019 yang lalu. Dilancarkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) selaku pengedar sah, model supersport kelas pertengahan itu ditawarkan pada harga asas RM 45,499.00, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Mengenang kembali Honda CBR150R di pasaran Malaysia (2008 – 2009)
Untuk pasaran Indonesia sejak tahun 2016 yang lalu, PT Astra Honda Motor (AHM) telah memperkenalkan Honda CBR150R generasi baharu yang dilengkapi enjin empat lejang 150cc. Model berkenaan juga tampil dengan reka bentuk sporty dan menerima sambutan yang baik dari pengguna motosikal di negara jiran tersebut.
Boon Siew Honda perkenal EX5 baharu model tahun 2020
Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda EX5 model tahun 2020, yang kini disegarkan semula penampilannya melalui penggunaan grafik dan jalur rekaan baharu yang tersendiri. Honda EX5 sememangnya sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, kerananya cirinya yang tahan lasak, mudah dikendalikan dan boleh dipercayai.
Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2020 kini di pasaran Malaysia, harga RM 198,800.00
Model terbaharu Honda CBR1000RR-R Fireblade SP model tahun 2020 secara rasminya diperkenalkan pada awal November yang lepas, bertempat di acara pameran motosikal antarabangsa EICMA 2019. Model ini tampil dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty dan agresif, dengan kelengkapan pelbagai teknologi canggih dan moden.






