
RAA Technology sudah adakan satu sesi demonstrasi produk tayar motosikal terbaharu mereka yang dilengkapi ciri kalis pancit dan boleh ‘rawat sendiri’ di Litar Horizon Beranang.
Tayar itu dipanggil JVR dan pengeluaran tayar dibuat menerusi sebuah kilang di Taiping, Perak. RAA Technology ialah syarikat pemula Universiti Sains Malaysia (USM).


Pengarah Urusannya yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM, Profesor Madya Dr. Raa Khimi Shuib bercerita sedikit tentang tayar JVR:
Untuk membuktikan apa yang diceritakan itu benar, RAA Technology dengan kerjasama MotoWazi mengadakan satu ujian endurance 2 jam tanpa henti di Litar Horizon Beranang.
Barisan pelumba profesional Malaysia yang dipilih ujian itu ialah Zaqhwan Zaidi, Azroy Hakeem Anuar, Suhadi Ali Rahmat dan Afiq Hamdan.
Ujian tunggangan menggunakan dua motosikal kapcai AFAZ Kencana yang sudah disarung sepasang tayar JVR dan setiap tayar itu ditusuk paku.
Dinding tayar tempat tusukan paku ditandakan putih dan kumpulan penyelidik mengambil beberapa data penting antaranya ketebalan bunga tayar, suhu tayar dan tekanan angin dalam tayar.
Ujian ini bertujuan menilai potensi aplikasi teknologi getah sembuh sendiri untuk pembangunan tayar motosikal.
Tayar boleh ‘sembuh’ sendiri?

- Rahsia bagaimana tayar ini boleh rawat bocor kalau ditusuk paku ialah apa yang terkandung di dalam tayar.
- Tayar JVR ini ada lapisan sejenis lapisan bahan getah sembuh sendiri pada bahagian dalaman di bahagian tengah hingga ke sisi tayar (bukan sepenuhnya di side wall tayar).
- Bahan berasaskan getah ini akan tutup lubang bocor pada permukaan tayar (dari dalam) yang terkena tusukan paku.
- Proses ini berlaku secara serta-merta sebaik anda cabut keluar paku tersebut.
- Lapisan getah di dalam tayar ini adalah bahan penyembuhan sendiri. Tidak perlu cucuk ‘cacing’ atau isi apa-apa bahan cecair ke dalam tayar.
- Seingat penulis, fungsi rawat sendiri tayar JVR ini menampakkan kesan positif untuk saiz paku 4mm ke bawah.
Apa komen pelumba profesional Malaysia?
Di bawah ini, kami kongsikan apa kata pelumba motor profesional negara selepas tamatnya endurance 2 jam tanpa henti:

























