QJMOTOR SRK 421S: Sportbike 4 silinder sebaris 400cc dengan 2 varian pilihan, jentera lebih premium?

QJMOTOR memperkenalkan model terbaharu SRK 421S di China, iaitu sportbike kelas pertengahan yang akan bersaing dengan produk jenama lain termasuk Jepun dalam kategori 400cc.

SRK 421S dikatakan model yang menerima peningkatan signifikan berbanding produk asas QJMOTOR SRK 421 (dikenali sebagai 421 RR di beberapa pasaran luar).

Sportbike 4-silinder sebaris ini didatangkan dengan dua varian pilihan dan harganya seperti berikut:

  • Active: 28,999 RMB (anggaran RM17,676)
  • Racing: 32,999 RMB (anggaran RM20,114)

Mengapa QJMOTOR tawar model ini? Mereka mahu menawarkan motosikal berprestasi dengan teknologi tunggangan dan komponen premium kepada lebih ramai penunggang.

Laporan di China mengatakan QJMOTOR SRK 421S adalah hasil rekaan Adrian Morton yang pernah berkejer dengan MV Agusta.

Insiprasi motosikal didakwa diambil daripada beberapa jet pejuang seperti Sukhoi Su-47, Grumman X-29A atau Junkers Ju 28.

Reka bentuk sportbike ini nampak lebih agresif, dibantu rekaan lampu utama jenis projektor LED dan garisan badan fairing depan. Tidak lupa juga winglet gergasi yang dikatakan macam sayap jet tempur.

Motosikal ini dikatakan ada saluran masuk Ram-Air dan panel badan baharu untuk menawarkan kestabilan tunggangan lebih baik.

Lampu belakang mungkin agak pelik. Rekaannya macam huruf X dan mungkin akan jadi ‘modal bualan’ kumpulan pengkritik.

Kuasa datang daripada enjin 4-silinder sebaris 421cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, menawarkan kuasa 77.5hp pada 14,000rpm dan tork 39Nm pada 13,000rpm (maksimum 14,500rpm).

Motosikal sport ini memiliki ketinggian pelana 790mm dan berat kasar 177kg. Meter jenis TFT berwarna bersaiz 6.9 inci. Tambahan lain ialah TPMS dan soket USB.

Sistem ekzos mendapat kemas kini untuk nampak lebih menarik selain mengeluarkan nada bunyi lebih menarik.

Perbezaan dua varian QJMOTOR SRK 421S ini membabitkan komponen dan ciri-ciri teknologi tunggangan. Perbandingan dipaparkan di bawah:

Racing (Performance)Active (Dynamic)
ForkSuspensi terbalik Marzocchi, boleh laras prabeban dan redamanSuspensi terbalik Marzocchi, boleh laras prabeban dan redaman
Suspensi belakangmonoshock boleh laras prabeban dan redamanmonoshock boleh laras prabeban dan redaman
Brek depanCakera berkembar 300 mm, kaliper BremboCakera berkembar 300 mm, kaliper jenama China
Teknologi ABS BelokanAdaTiada
TPMSAdaTiada
Mode TungganganStandard, Sport dan RainStandard dan Sport
Sistem pendikitride-by-wiremekanikal (kabel)
Quickshifter2 halasehala (atas)
Kawalan Jelajah AdaTiada
Sistem kekunci Pintar (keyless)Anak kunci