
Skuter serba putih tapi keluaran terhad 20,000 unit?
Itulah cerita di Filipina membabitkan model Honda Click 125 Smart Edition tawaran Honda Philippines Inc. (HPI).

Warna badan skuter itu ialah Pearl Arctic White dan memang tiada apa-apa dekal grafik atau liveri pada badan skuter itu. Kosong.
Lencana 3D Click di panel sisi belakang berwarna emas. Pelekat Honda di hadapan pula berwarna hitam. Rim aloi 14 inci nampak seakan-akan warna tembaga gelap.
Harga badan skuter ini ialah 87,700 peso (anggaran RM5,718). Selain putih, ada dua warna lain disediakan iaitu
Model Honda Click 125 Smart Edition (2026) ini dikatakan memaparkan imej moden, bersih dan lebih yakin.
Honda Filipina menyatakan Click 125 Smart Edition dengan penggunaan lampu LED penuh dikatakan lebih mudah nampak di jalan raya atau semasa bergerak.
Model ini ada meter LCD digital penuh, sistem kekunci pintar dengan fungsi Idling Stop/Start System (ISS), ruang simpanan 18 liter, soket USB Type-C.
Spesifikasi
- Enjin satu silinder 125cc eSP SOHC 2-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (PGM-FI)
- Gerek x lejang 52.4mm x 57.9mm
- Nisbah mampatan 11.0 : 1
- Kuasa 8.26 kW @ 8,500 rpm
- Tork 11.0 Nm @ 5,000 rpm
- Kapasiti minyak enjin 0.9 liter
- Transmisi CVT automatik
- Purata penggunaan petrol 50.3 km/L (Kitaran WMTC)
- Transmission Type Automatic (V-Matic)
- Brek depan cakera, belakang brek dram
- Tayar depan 90/80 – 14
- Tayar belakang 100/80 – 14
- Panjang 1,919mm
- Lebar 687mm
- Tinggi 1,075mm
- Berat kasar 111kg
- Tinggi tempat duduk 769mm
- Jarak roda 1,280mm
- Jarak bumi 131mm
- Tangki minyak 5.5 liter
Artikel Berkaitan
- Honda Click 125 (2026): Dua varian V4 wajah baharu diperkenalkan di Filipina, ada soket USB dan ISS
- Honda Click 160 2024 dilancarkan di pasaran Thailand
- Honda Click 160 Speed Edition 2023 kini di pasaran Thailand
- Boon Siew Honda umum 3 warna baharu Honda Vario 160 (2026), harga badan RM10,498
- Honda Vario 125 (2026): Tampil lebih segar, 3 warna pilihan, harga badan RM7,268










