Mforce hantar staf jalani latihan teknikal selepas jualan di ZXMOTO China selama 4 hari

Kurang sebulan lagi, model-model motosikal popular ZXMOTO akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh Mforce Bike Holdings (Mforce).

Tarikh rasmi yang diumumkan Mforce ialah 13 September 2026. Sebagai amalan biasa untuk mana-mana model baharu, Mforce menghantar wakil mereka ke China untuk menjalani persiapan awal.

Persiapan ini lebih tertumpu kepada aspek menimba ilmu lebih mendalam dan memahami soal teknikal motosikal jenama ZXMOTO selain menjalani latihan intensif dengan pemerhatian serta bimbingan tenaga pakar ZXMOTO China.

Berdasarkan perkongsian, latihan diberi melibatkan aspek alat ganti, mengenal pasti komponen serta fungsi setiap bahagian dan pemahaman tentang keperluan penyelenggaraan dan penggantian alat ganti.

Malah ini dikatakan akan Pengetahuan ini penting bagi memastikan proses diagnosis dan servis dapat dilaksanakan dengan lebih tepat, cekap dan profesional.

Antara yang kelihatan menjalani latihan di situ ialah Pengurus Servis Mforce, Mohamad Rusdi Rejab.

Cerita tentang kedatangan ZXMOTO ke Malaysia bermula dengan Mforce dilantik sebagai pengedar eksklusif sebelum tayangan barisan model popular mereka di Mforce MotoXperience 2026.

Artikel Berkaitan

Video pengumuman tarikh pelancaran:

Video Bunyi ZXMOTO 820RR


Siri ZXMOTO 500

Video Bunyi ZXMOTO 500RR