Cyclone RT2S (2026) tunggu masa masuk kedai pengedar Mforce

Skuter Cyclone RT2S (2026) nampaknya sudah berada di atas barisan pengeluaran di kilang pemasangan Mforce Bike Holdings (Mforce) di Pulau Pinang.

Cerita tentang model ini pernah kami kongsikan sebelum debut rasminya di Mforce MotoXperience 2026 di MAEPS Serdang pada penghujung Mei 2026.

Belum ada maklumat rasmi bila skuter ini akan memasuki kedai-kedai motosikal namun jika melihat pada keadaan semasa, pelancaran rasminya akan berlangsung tidak lama lagi.

Antara ciri moden yang ada pada model skuter suku liter ini ialah:

  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Kamera dashcam depan
  • Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
  • Lampu kecemasan (Hazard Light)
  • Pelana dua peringkat dengan penyokong belakang
  • Sistem ABS dua saluran
  • Kawalan Cengkaman
  • Tangki minyak 12.6 liter

Spesifikasi Penuh

  • Enjin satu silinder 247cc DOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 19.5kw @ 8,500rpm
  • Tork maksimum 24.5Nm @ 6,500rpm
  • Fork depan jenis teleskopik dengan jarak travelĀ 120.3mm
  • Absober berkembar belakang dengan jarak travel 90mm.
  • Brek cakera tunggal 270mm di hadapan dan 220mm di belakang,
  • Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran
  • Rim depan 14 inci dengan tayar 110/80
  • Rim belakang 13 inci dengan tayar 140/60
  • Berat kering 179kg
  • Tinggi pelana 750mm
  • Panjang 2,100mm
  • Lebar 790mm
  • Jarak roda 1,400mm
  • Jarak bumi 135mm

Video Pusing Keliling Cyclone RT2S