
Brembo dan CFMOTO sudah menandatangani dokumen untuk jalinan kerjasama secara rasmi di China.
Brembo ialah syarikat terkenal dengan sistem brek motosikal. CFMOTO pula syarikat pengeluar motosikal dan ATV.


Kerjasama yang dimeterai di Hangzhou ini membolehkan:
- CFMOTO dan Brembo kerjasama bangunkan sistem brek khas untuk motosikal CFMOTO akan datang (motosikal kelas sederhana hingga berprestasi tinggi).
- Kerjasama ini juga termasuk inovasi teknologi, perlumbaan, pembangunan jenama dan pembangunan bakat.
- CFMOTO dan Brembo akan kerjasama untuk konsep rekaan sistem brek dan pembangunan prestasi brek dari fasa awal penyelidikan dan pembangunan (R&D) motosikal.
- Brembo akan jadi rakan sekutu dalam Projek Pencarian Bakat CFMOTO yang akan buka pintu kepada kelahiran lebih ramai pelumba berbakat dari China.
Kalau dilihat kepada kenyataan media CFMOTO, ini akan membawa kepada kemajuan sistem pembrekan berprestasi untuk motosikal mereka.
Pengalaman dan pembelajaran dari litar lumba akan dibawa ke makmal untuk ‘diterjemah’ menjadi sistem brek kegunaan motosikal CFMOTO di jalan raya biasa.
Artikel Berkaitan
- CFMOTO Aura 150: Bila skuter neo-retro ini akan lancar di Malaysia?
- CFMOTO 700MT diumum sebagai model motosikal paling bernilai di Malaysia, satu pilihan bijak
- CFMOTO 500SR (2026): Kembar Voom buat kemunculan rasmi di China, ada potensi masuk Malaysia?
- CFMOTO 550CL-C (2027): Model cruiser terbaru bakal ganti CFMOTO 450CL-C?

