
Hodaka Motoworld memperkenalkan koleksi pakaian keselamatan tunggangan motosikal Komine 2026 SS (Spring & Summer – Musim Bunga & Panas) di Malaysia Bike Show 2026.
Apa yang menarik ialah koleksi kali ini menawarkan keselesaan lebih baik dan tahap perlindungan membabitkan pad pelindung Kelulusan CE Tahap 2 (CE-Approved Level 2).

Bukan itu sahaja, koleksi terbaharu ini juga menggunakan pelindung ENIGMA G2 generasi kedua.
Aspek keselesaan dibantu dengan bahan mudah telap udara untuk memastikan keselesaan maksimum dirasai pemakai untuk perjalanan harian mahupun tunggangan jarak jauh.
Apa HODAKA MOTOWORLD lancar di MBS 2026?

KOMINE JK- 187 ENIGMA G2 Half Mesh Jacket
- Jaket jaring (mesh) yang sangat telap udara. Sejuk di bawah terik matahari dengan
perlindungan tanpa rasa berat.
KOMINE JK-186 ENIGMA G2 Full Mesh Jacket / JK-191 ENIGMA G2 Full Mesh Jacket

- Jaket untuk penunggang harian, kegunaan di jalan raya tanpa menjejaskan keselamatan.
KOMINE JK-185 ENIGMA G2 Waterproof Urban Parka

- Tiada gangguan walaupun hujan mengejut. Ringan, mudah dilipat, sentiasa sedia.
KOMINE ENIGMA G2 Protectors

- Dipakai di bawah apa-apa pakaian. Perlindungan tidak kelihatan. Dicipta untuk pergerakan mudah.
Apa Kata Orang Kuat KOMINE dan Hodaka Motoworld?

Pengarah Perniagaan Luar Negara KOMINE, Michael Chang berkata:
“KOMINE ialah jenama pakaian penunggang paling popular di Jepun dan Polis Trafik Jepun memilih kelengkapan tunggangan KOMINE seperti topi keledar, jaket, sarung tangan, seluar, kasut dan banyak lagi kerana komitmen kami terhadap keselamatan dan ciri-ciri praktikal.
“Kami kemudian menggunakan pengalaman yang diperoleh daripada sini serta melalui interaksi kami dengan pelanggan ke dalam produk komersial kami. Satu contoh terbaik ialah pelindung ENIGMA baharu.
“Produk yang diketengahkan ini direka khusus untuk iklim Malaysia serta keperluan dan kehendak penunggang sebagai keutamaan, sambil mematuhi falsafah Keselamatan & Inovasi KOMINE.”
Pengarah Urusan Hodaka Motoworld, James Lim menjelaskan:
“Hodaka Motoworld ialah pengedar rasmi dan eksklusif KOMINE sejak tahun 1999. Kami hanya memutuskan demikian kerana komitmen teguh KOMINE terhadap keselamatan yang sangat selari dengan moto kami sendiri ‘Perlindungan Tertinggi Untuk Penunggang’.
“Model KOMINE yang kami lancarkan ini memberi penunggang perlindungan terbaik, keselesaan dan gaya pada harga yang berpatutan.”
