
Poster promosi sudah disiarkan dan nampaknya, ARIIC Malaysia akan menambah dua model baharu ke dalam pilihan produk skuter mereka selain ARIIC 318GT.
Dua model ini diyakini ARIIC GOBI 250 dan ARIIC Touch 250 akan diperkenalkan pihak Mforce Bike Holdings (Mforce) sempena acara Mforce MotoXperience 2026.
Acara ini diadakan dalam Dewan A di MAEPS Serdang sempena Malaysia Bike Show (MBS) 2026.
Kami melihat secara dekat dan mencuba dua model ini semasa menyertai lawatan ke ibu pejabat ARIIC di China pada tahun lalu.

Dua model ini ada sasaran pembeli tersendiri iaitu ARIIC Touch 250 tertumpu kepada pembeli untuk kegunaan dalam bandar dan lebuh raya.
ARIIC GOBI 250 pula sesuai untuk mereka yang inginkan keseronokan tunggangan tambahan termasuk off-road ringan. Harganya lebih mahal berbanding Touch 250.
- ARIIC Touch 250
- ARIIC GOBI 250
Laporan kedua-dua model ini pernah kami siarkan sebelum ini iaitu:



