
Honda menjual lebih 1 juta skuter dan motosikal di Filipina untuk tahun 2025. Sebahagian besar kejayaan itu dibantu oleh barisan skuter praktikal seperti Honda Click 125i.
Untuk memastikan kejayaan terus dilakar, Honda Philippines Inc (HPI) mula mengemas kini produk skuter mereka dengan salah satunya ialah Honda Click 125 edisi 2026.
Kembar Honda Click 125 di Malaysia ialah Honda Vario 125.

Pengguna Filipina diberikan dua varian Honda Click 125 edisi 2026 iaitu:
- Honda Click 125 (2026) Standard Edition: P82,400 (anggaran RM5,503)
- Honda Click 125 (2026) Smart Edition: P86,900 (anggaran RM5,813)
PERUBAHAN FIZIKAL
Honda Click 125 menerima beberapa perubahan yang menjadikan skuter itu nampak lebih agresif termasuk rekaan semula lampu utama.
Bahagian fairing juga ditambah bolong laluan udara untuk meningkatkan aerodinamik. Rekaan itu juga menyerlahkan imej yang lebih sporty.
Bar pembonceng dibentuk semula untuk lebih mesra digunakan selain nampak lebih cantik.
Varian tertinggi iaitu Smart Edition memaparkan lencana Click jenis tiga dimensi (3D) berwarna emas.
PILIHAN WARNA

Honda Click 125 hadir di Filipina dengan enam warna pilihan, masing-masing dengan setiap tiga warna mengikut varian.
Standard Edition (skim warna dua tona):
- Pearl Sylvestris Gray
- Pearl Arctic White
- Obsidian Black Metallic
Smart Edition (warna tunggal)
- Mat Axis Gray Metallic
- Mat Fresco Brown
APA YANG DITINGKATKAN
- Honda Click 125 edisi 2026 kini ada soket USB-C dan menggunakan lampu depan jenis LED. Ada ruang simpanan di hadapan (saiz kini lebih besar) dan kapasiti kargo 18 liter bawah pelana.
- Varian Smart Edition (2026) dapat sistem kemasukan kunci pintar (Smart Key System) dengan fungsi Idling Stop/Start System (ISS).

SPESIFIKASI LAIN


















