
Honda melancarkan skuter adventure versi naik taraf Honda ADV350 edisi 2026 di pasaran China, tampil dengan pembaharuan bersama-sama model Forza 350.
Skuter adventure Honda ADV350 edisi 2026 itu bukan diberikan kemas kini warna dan grafik badan tetapi didatangkan dengan tiga ciri terbaharu iaitu:
Instrumen meter 7 inci TFT berwarna berbanding 5 inci LCD.

Fungsi pemanas grip bar hendal ciri standard.

Sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS) jadi ciri standard.

Harga Honda ADV350 (2026)
Ada dua versi Honda ADV350 edisi 2026 dijual di China iaitu:
- Standard: 42,380 yuan (anggaran RM24,671)
- Special Edition: 42,480 yuan (anggaran RM24,729)
Warna Honda ADV350 (2026)
Standard didatangkan dengan tiga warna untuk dipilih iaitu hitam, kelabu dan putih. Semua warna ini tiada grafik badan.
Special Edition hanya satu pilihan warna iaitu Modern Gray dengan liveri badan berwarna putih beserta teks kuning ADV.
GALERI GAMBAR HONDA ADV350 (2026) CHINA


















