CFMOTO Day 2026 labuh tirai di China, tampilkan model 500SR & 1000SR-RR di Litar Antarabangsa Chengdu Tianfu

CFMOTO berjaya menganjurkan edisi keenam CFMOTO Day di China dan buat julung kalinya, program selama dua hari itu diadakan di luar wilayah Zhejiang.

CFMOTO Day 2026 berlangsung di Litar Antarabangsa Chengdu Tianfu, bandar Jianyang di Chengdu yang terletak dalam wilayah Sichuan (kawasan Barat Daya China).

Sebelum ini, lima edisi CFMOTO Day diadakan dalam wilayah Zhejiang.

Acara dua hari itu merangkumi program berbeza yang boleh diringkaskan sebagai:

  • Hari pertama (28 Mac): majlis pembukaan, pendedahan barisan produk termasuk 500SR-R dan 1000SR-RR serta debut enjin V4.
  • Hari kedua (29 Mac): program lebih fokus kepada aktiviti di trek termasuk demonstrasi tunggangan, sesi trek dan pengalaman tunggangan untuk orang awam.

cfmoto day 2026

Tarikan utama sudah tentunya dua model motosikal terbaharu mereka iaitu pelancaran rasmi sportbike CFMOTO 500SR.

Jentera kelas satu liter, CFMOTO V4 SR-RR juga membuat penampilan dengan demonstrasi tunggangan dan berpeluang mendengar ngauman superbike buatan China.

CFMOTO V4 SR-RR ini mencuri tumpuan ramai selepas muncul di Pameran EICMA 2025 di Itali. Jentera ini dijana enjin V4 berkapasiti 997cc dan memiliki berat bawah 200kg.

Selain menunjukkan model-model premium mereka, CFMOTO juga membuka laluan untuk kira-kira 300 penunggang menyertai perarakan di litar. Seramai 700 penunggang berpeluang merasai pengalaman tunggangan di litar berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN