CFMOTO Papio XO-1 Racer V2: Fun bike bergaya jentera sport lancar di Malaysia, harga badan RM8,888

CFMOTO PAPIO RACER V2 xo-1

CFMOTO Malaysia mengumumkan kedatangan model fun bike terbaharu mereka iaitu CFMOTO Papio Racer (Papio XO-1 Racer Version 2.0).

Motosikal mini gaya sport ini ditawarkan pada harga badan RM8,888 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Papio XO-1 Racer Version 2.0 ini ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu Clay Yellow, Nebula White dan Champion Blue.

PERINCIAN PAPIO XO-1 RACER V2 (2026)

  • Sistem Brek Anti-Kunci(ABS) depan-belakang
  • Meter kombinasi analog dan digital
  • Ada slot khas untuk pemasangan soket USB (kena tambah sendiri)
  • Sistem kunci mekanikal
  • Ada suis keselamatan tongkat sisi, butang lampu kecemasan (hazard)
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Ada Lampu Siang (DRL)
  • Fairing sisi sampai ke bawah mirip gaya sportbike.
  • Ada penghadang angin dan winglet
  • Jaminan pengeluar dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dulu).

SPESIFIKASI PAPIO XO-1 RACER V2 (2026)

  • Enjin satu silinder 126cc penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api (EFI).
  • Gerek x lejang: 57mm x 49.4mm
  • Kuasa maksimum 9.4hp @ 8,250rpm
  • Tork maksimum 9.2Nm @ 6,500rpm
  • Kotak gear 6 kelajuan klac manual
  • Panjang 1,750mm
  • Lebar 700mm
  • Tinggi 975mm
  • Jarak roda 1,214 mm
  • Jarak dari bumi 150mm
  • Tinggi pelana 760mm
  • Berat kasar 114kg
  • Tangki minyak 7L
  • Brek depan cakera tunggal 210mm kaliper 2 piston
  • Brek belakang cakera tunggal 190mm kaliper 2 piston
  • Fork depan jenis USD (Upside down), absober monoshock di belakang (boleh laras)
  • Rim depan 12xMT2.75
  • Rim belakang: 12xMT3.50
  • Tayar depan 120/70 R12
  • Tayar belakang 130/70 R12