
Boon Siew Honda (BSH) meraih tumpuan ramai selepas berkongsi satu video menasihatkan pengguna skuter jenama mereka iaitu:
“Jangan cuci pulley depan menggunakan sabun, petrol atau bahan kimia.”
BSH menyatakan nasihat itu membuatkan ramai pengguna keliru. Kenapa tidak boleh berbuat sebegitu?
Video yang dikongsi BSH menjelaskan saranan jangan cuci pulley itu secara lebih terperinci.
Bush Serbuk Besi Sintered Metal (Logam Tersinter)

Wakil BSH menjelaskan:
“Pulley depan skuter Honda ada bush yang diperbuat daripada besi jenis sintered metal (logam tersinter) iaitu serbuk besi yang dimampatkan.
“Bush ini jenis self lubricating (pelincir diri).. minyak tersembunyi dalam liang-liang halus besi dan keluar sendiri bila pulley berpusing.
“Inilah yang buat pulley berpusing lancar tanpa perlu tambah minyak.”
Kesan Bila Cuci Pakai Sabun, Petrol, Bahan Kimia

Jelas wakil BSH:
“Bila korang cuci pakai sabun, petrol atau chemical (bahan kimia), bukan hanya minyak di permukaan bush itu hilang…
“Minyak dalam liang dan rongga besi pun akan hilang sekali.”
Sapu Gris Selesai Masalah?

“Ramai yang fikir…tak pe… lepas cuci..kita sapu je grease (gris) balik. Kan ok?
“TAPI sebenarnya… gris tidak boleh restore minyak ke dalam bush. Kalau korang sapu gris..ia hanya duduk di permukaan bush. Sekejap je akan kering.”
Masuk Balik Minyak Itu Satu Proses Rumit….

“Minyak ini hanya boleh dimasukkan ke dalam rongga besi (bush) itu semasa pembuatannya melalui proses yang rumit.“

“Bila bush kering, pulley cepat haus dan karat…bunyi pelik keluar… dan prestasi CVT terjejas.”

“Jadi…secara ringkas.. jangan sabun, jangan guna petrol dan jangan guna chemical. CUKUP HANYA TEMBAK ANGIN dan LAP SAHAJA. Pulley tahan lama, CVT lancar, ride lebih smooth.”
Err…jadi…adakah apa yang pemilik dan bengkel-bengkel buat selama ini semasa kerja-kerja servis sistem CVT skuter Honda kiranya ‘kurang tepat’?

