Modenas Z15GT (2025): Kenapa Arowana jadi pilihan, mengapa bukan harimau atau ular?

Cerita tentang supermoped Modenas Z15GT (2025) kali ini membabitkan aspek reka bentuk membabitkan dua episod iaitu sebelum terima elemen Kawasaki dan selepas penerapan DNA Kawasaki.

Artikel ini akan menceritakan tentang episod pertama iaitu sebelum ada mana-mana unsur Kawasaki. Penjelasan mengenai reka bentuk awal ini disampaikan oleh Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan Modenas, Muhammad Amin Nasirudin.

Ini adalah cerita beliau:

KAJIAN PASARAN & REKAAN PAKEJ

Reka bentuk motosikal ini bukan syok sendiri. Kita ambil input luar iaitu menerusi kajian pasaran dengan tim-tim luar. Termasuk penunggang-penunggang motosikal yang menggunakan enjin 110cc… 125cc…135cc dan penekanan lebih kepada 150cc dengan mengambil kira apa mereka nak atau apa yang mereka tak puas hati.

LAKARAN & JANAAN

Dan daripada info yang tim R&D dapat ini, kita bermula dengan lakaran, cuba realisasikan apa yang pengguna nak. Ini sebagai koleksi rekaan iaitu contoh lakaran. Ini tak cukup sebab kalau kita buat rekaan, kita nak influence (pengaruh) dari sesuatu.

RUJUKAN & PENGARUH

Reference kita (rujukan yang diambil) adalah daripada nature (alam). Kita senaraikan top 3 (3 terbaik) iaitu cobra (ular), harimau dan Arowana. Ini 3 terbaik yang kami ambil daripada banyak lagi.

PEMBENTUKAN IDEA

Nak sifat agresif, menyerang dan gagah. Daripada 3 yang dipilih ini… kami terapkan elemen ular dalam motosikal. Kita cuba visualize…nak tengok macam mana (hasil rekaan). Arowana ini nampak sesuai. Masa ini, motor tiada lagi dan elemen Kawasaki pun tak ada lagi dalam design ini.

PEMBENTUKAN IDEA & RUMUSAN

Ini masih dalam peringkat konsep daripada nature (alam). Jadi, kita piih arowana. Sebab apa arowana sebab ia nampak luxury (mewah), nampak sangat mahal, cantik dan bukan ikan apa-apa. Yang suka memancing pasti tahu, ini ikan agresif… ikan jenis menyerang (untuk sumber makanan).

Cerita mengenai episod kedua mengenai pembabitan Kawasaki dan DNA mereka akan menyusul kemudian……