Ini spesifikasi lengkap AFAZ Kencana Sport 115(2026), harga badan RM5,799

afaz kencana sport 115 spesifikasi penuh

AFAZ menerusi model pertama mereka iaitu AFAZ Kencana Sport 115 menjadi model yang banyak disebut semenjak kapcai sulung itu masuk ke pasaran secara senyap-senyap.

Belum ada majlis pelancaran rasmi tetapi motosikal sudah berada di kedai penjual motosikal beberapa hari lalu.

Siap ada ‘konvoi’ AFAZ Kencana Sport 115 yang bertolak dari Glenmarie, Selangor ke Kuala Kangsar, Perak sebelum kembali ke destinasi asal semalam.

Nampaknya, AFAZ memilih laluan berbeza untuk memperkenalkan model Kencana Sport 115. Heboh dulu, lancar kemudian.

Ada beberapa maklumat sudah dikongsi lebih awal mengenai AFAZ Kencana Sport 115 iaitu model kapcai ini adalah jelmaan Suzuki Smash FI tetapi versi AFAZ ada bezannya dan nampak lebih perdana.

Antara kelainannya ialah lampu hadapan menggunakan pencahayaan LED, ada lampu nyalaan siang (DRL), lampu brek belakang LED dan lampu signal jenis capang.

Seterusnya ialah rim aloi yang digunakan berbeza dengan Suzuki Smash FI di negara-negara jiran kita. Malah AFAZ Kencana Sport 115 ini mengguna pakai absober berkembar jenama Kayaba sebagai komponen standard. Tidak lupa enjin dengan sistem sejukan udara.

AFAZ Kencana Sport 115 ditawarkan dengan dua warna pilihan iaitu Delima Red (Merah) dan Laguna Blue (Biru). Di bawah ini ialah spesifikasi penuh AFAZ Kencana Sport 115.

SPESIFIKASI AFAZ KENCANA SPORT 115

AFAZ Kencana Sport 115
Enjin1 silinder, SOHC
Kapasiti113cc
Kuasa maksimum6.8kW @ 7,500rpm (9.11hp)
Tork maksimum9Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke51mm x 55.4mm
Nisbah mampatan9.4 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan udara
Kotak gear4 kelajuan
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar KYB
Tayar depan70/90 - 17
Tayar belakang80/90 - 17
Brek depanCakera 220mm
Brek belakangDrum 110mm
Panjang1,910mm
Lebar690mm
Tinggi1,085mm
Jarak dari bumi145mm
Jarak roda1,220mm
Tinggi tempat duduk760mm
Tangki minyak4.2 liter
Berat100kg
Bonus- Lampu penuh LED
- Penutup rantai
- Lampu kecemasan

GALERI GAMBAR AFAZ KENCANA SPORT 115