Zongshen (atau Zonsen) bukan hanya dikenali sebagai sebuah syarikat pengeluar motosikal tetapi juga membawa perubahan dalam landskap motosikal dan skuter.
Model yang anda saksikan ini ialah Cyclone YOMI 125, motosikal gaya chopper tetapi menggunakan sistem transmisi automatik CVT. Ya, sama macam skuter. Pulas dan jalan.
YOMI 125 sudah berada di negara lain semenjak tahun 2023 dan kini, motosikal chopper moden ini akan masuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
Belum ada harga rasmi tetapi kru kami menjangkakan anggaran harga badan ialah bawah RM7,000. Ada beberapa maklumat mula dikongsi kedai-kedai pengedar motosikal tetapi data ini belum rasmi lagi:
- Enjin silinder tunggal 123.7cc dengan menggunakan kotak gear CVT.
- Enjin dihidupkan dengan butang pemula.
- Sistem brek cakera tunggal depan-belakang, siap dilengkapi sistem brek ABS dua saluran (depan dan belakang).
- Kapasiti tangki minyak 6 liter.
- Sistem pencahayaan jenis LED. Meter ada jenis kombinasi analog dan digital serta LCD sepenuhnya.
- Sistem fork konvensional dengan set absober berkembar di belakang.
- Tayar depan 80/90-17
- Tayar belakang 140/70-13
- Ketinggian tempat duduk 650mm
- Panjang 2,127mm
- Lebar 819mm
- Tinggi 1,127mm
- Jarak roda 1,426mm
- Berat 113kg
- Jarak dari bumi 160mm








