Satu lagi skuter kelas 400cc akan diperkenalkan di Malaysia tak lama lagi. Kalau ikut maklumat diterima, pelancaran sebelum akhir tahun ini. Kalau tergendala sikit, mungkin awal 2026.
Model berjenama Taiwan ini ialah SYM CRUiSYM 400 yang pernah dipertontonkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2024.

SYM CRUiSYM 400 akan jadi model skuter 400cc kedua selepas SYM ADXTG400. Tapi tertumpu ke segmen skuter bandar maksi (maxi urban scooter).
Apa dirasakan ialah skuter ini boleh menarik minat ramai pencari skuter saiz pertengahan dan menjadi pilihan baru selain:
- Zontes 368D: anggaran bawah RM25,000
- QJMOTOR Fort 350 : RM23,888
- Honda ADV350 : RM33,999
- Suzuki Burgman 400 : RM45,999
Sebelum skuter ini masuk ke Malaysia, kru kami senaraikan apa yang menarik tentang skuter SYM CRUiSYM 400:
- Rupa paras depan menampakkan bentuk lebih agresif dan moden
- Nampak seperti terhasil daripada kombinasi model MAXSYM GT (400cc) dan CRUiSYM (300cc)
- Tempat duduk bersambung tapi ada sokongan belakang badan untuk penunggang
- Lampu projektor berkembar dan ada jalur lampur DRL (daytime running lights)
- Penghadang angin 2 tahap, boleh laras tapi manual
- Ada kamera dashcam depan belakang. Bukan semua pasaran dapat ciri ini
- Lampu signal depan ditanam dalam cermin sisi
- Meter 7 inci TFT
- Konsol kawalan baru dengan fungsi akses MENU dan MODE di sebelah kiri. Butang TCS di sebelah kanan.
- Sistem kemasukan tanpa kunci.
- Buka tempat duduk dan isian petrol dengan menekan butang.
- Ada dua soket USB Type A dan Type C sebelah tombol sistem kekunci pintar
- Sistem pencahayaan LED
- Brek cakera kaliper 2 piston dengan sistem ABS
- Absober berkembar di belakang
- Rim aloi 15 inci depan, belakang 14 inci
- Ada sistem pemantauan tekanan angin dalam tayar (TPMS)
SPESIFIKASI ENJIN
- Enjin 4-strok satu silinder 399cc OHC 4-injap.
- Sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
- Gerek x lejang: 83mm x 73.8mm
- Nisbah mampatan: 10.5: 1
- Kuasa 25kw @ 6,750rpm
- Tork 37Nm @ 5,000rpm
- Sistem transmisi automatik CVT
- Fork teleskopik dengan set absober berkembar untuk bahagian belakang
- Brek depan cakera jenis tunggal dan bersaiz 288mm. Kaliper dwi-piston.
- Brek belakang 275mm jenis tunggal dengan kaliper satu piston.
- Rim aloi depan 15 inci dengan saiz tayar 120/70
- Rim aloi belakang 14 inci, tayar saiz 160/60
- Panjang 2,230mm
- Lebar 820mm
- Tinggi 1,360mm
- Jarak roda 1,552
- Jarak bumi 140mm
- Berat 222kg
- Tinggi pelana 780mm atau 785mm
- Tangki minyak 14.5 liter













