Pilih Mana Satu: Honda Vario 160 (2025) atau QJMOTOR AX200S?

Skuter QJMOTOR AX200S akan mula masuk ke kedai-kedai pengedar motosikal MForce bermula Jumaat ini (20 Jun 2025).

Kedatangan model QJMOTOR AX200S dijangka menyebabkan ketenangan segmen skuter 150cc dan 155cc bertukar jadi kucar-kacir.

Yang merasai manfaatnya ialah pengguna sebab mereka sekarang ada satu lagi pilihan baru dengan harga mampu milik. Ini senarai harga dua skuter legenda di Malaysia sebagai perbandingan:

BANDINGKAN HARGA

  • Honda Vario 160: RM10,198 hingga RM10,498
  • Yamaha NVX 155 tahun 2024: RM9,998 (Standard) hingga RM11,698 (versi ABS)
  • QJMOTOR AX200S: RM7,988

Perbandingan data teknikal dan harga untuk Yamaha NVX 155 pernah kami siarkan di pautan ini: Yamaha NVX 155 vx QJMOTOR AX200S

Ini adalah data teknikal (spesifikasi) menunjukkan perbezaan dua skuter iaitu QJMOTOR AX200S dan Honda Vario 160 (2025).

Honda Vario 160 (2025)QJMOTOR AX 200 S (2025)
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap eSP+1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti156.9cc175cc
Kuasa maksimum11.3kW @ 8500rpm (15.1hp)13.5kw @ 8,500rpm (18.1hp)
Tork maksimum13.8Nm @ 7,000rpm15Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke60mm x 55.5mm60mm x 61.8mm
Nisbah mampatan12.0 : 1-
Sistem bahan apiPGM-FIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gearCVT automatikCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasaFork teleskopik biasa
Suspensi belakangmonoshockabsorber kembar subtangki
Tayar depan100/80 - 14100/80 - 14
Tayar belakang120/70 - 14120/70 - 14
Brek depanCakera tunggalCakera tunggal 230mm
Brek belakangCakera tunggalCakera tunggal 220mm
Panjang1,929mm1,965mm
Lebar695mm700mm
Tinggi1,088mm1,130mm
Jarak dari bumi138mm145mm
Jarak roda1,278mm-
Tinggi tempat duduk778mm755mm
Tangki minyak5.5 liter10 liter
Berat119kg127kg
Bonus- Ada ciri Honda kunci pintar.
- Brek ABS roda depan (Standard).
- Brek ABS belakang untuk model SE sahaja.
- Ada soket USB Type A.
- Lampu penuh LED
- Ruang simpanan 18 liter bawah tempat duduk.
- Guna kekunci pintar
- Ada sistem Start Stop
- Ada dua mode riding
- Ada ABS depan dan belakang
- Ada Traction Control System dan boleh on-off
- Meter digital berwarna
- Meter ada Touch Sensor untuk ubah setting
- ada winglet kiri-kanan
- Set absober dengan subtank
- lampu LED penuh
- ada soket USB Type A dan C