Brixton Moucca 250 (2026) tiba di rangkaian pengedar Mforce, harga badan RM12,88

Selepas tayangan eksklusif dan pengumuman di Malaysia Bike Show 2026, Mforce Bike Holdings (Mforce) secara rasminya melancarkan Brixton Moucca 250 ke pasaran tempatan.

Skuter gayaan retro itu ditawarkan pada harga RM12,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan caj pendaftaran.

Pilihan warna Brixton Moucca 250 ada empat iaitu Mint Green, Backstage Black, Clockwork Orange dan Enduro White.

Perincian Brixton Moucca 250 adalah seperti berikut:

Spesifikasi Brixton Moucca 250 (2026)

  • Sistem lampu LED penuh. Meter jenis TFT berwarna.
  • Enjin satu silinder 244cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Output kuasa 18kW @ 8,250rpm. Tork puncak 24Nm @ 6,500rpm.
  • Kotak gear jenis CVT.
  • Suspensi jenis fork teleskopik dengan set absober berkembar.
  • Sistem henti jenis brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang.
  • Rim 12 inci dibalut tayar saiz 120/70 depan belakang.
  • Tangki minyak 12 liter.
  • Tinggi tempat duduk 750mm.
  • Berat kasar 130kg.
  • Jarak bumi 140mm.
  • Tinggi pelana 750mm.
  • Panjang 1,975mm.
  • Lebar 735mm.
  • Tinggi 1,145mm.
  • Jarak roda 1,410mm.
  • Ada sistem kunci pintar
  • Soket pengecas USB Type-A dan Type-C.
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Galeri Gambar Brixton Moucca 250