Yamaha EGO Gear Pro (2025) jadikan saingan dalam segmen skuter 125cc lebih sengit?

Terengganu menjadi destinasi pilihan untuk memperkenalkan model skuter terbaharu Yamaha EGO Gear Pro.

Skuter tersebut dilancarkan bersempena pameran Yamaha Automatic World Roadshow yang diadakan di Mayang Mall, Kuala Terengganu di Terengganu selama tiga hari.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menyatakan EGO Gear Pro direka khas untuk penunggang muda di bandar dan merupakan skuter serba boleh yang menjadi pilihan harian.

Malah aspek itu disokong dengan karakter EGO Gear Pro yang didakwa lincah, cekap dan sentiasa boleh dipercayai untuk kegunaan.

Secara asasnya, EGO Gear Pro ialah skuter versi dipertingkat EGO Gear. Jika anda masih ingat, EGO Gear yang diperkenalkan pada November 2021 itu adalah pengganti kepada skuter EGO Solariz.

PERBANDINGAN HARGA WAKTU PELANCARAN

  • EGO Solariz (2017): RM5,548 (harga turun kepada RM5,234 pada tahun 2020)
  • EGO Gear (2022): RM5,419
  • EGO Gear Pro (2025): RM6,198

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG EGO GEAR PRO

  • Harga badan untuk Yamaha EGO Gear Pro ialah RM6,198 dan ini tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran serta insurans.
  • Ada tiga warna pilihan iaitu Stellar White, Navy Green dan Cosmic Blu.
  • Menggunakan enjin BLUE CORE Hybrid yang didakwa menjimatkan penggunaan petrol dan lebih rendah getaran enjin.
  • Ada ciri Power Assist iaitu memberi tambahan kuasa semasa memecut dari keadaan berhenti terutamanya ketika menunggang dengan pembonceng atau mendaki laluan berbukit.
  • Ada Smart Motor Generator (SMG) menawarkan permulaan enjin beroperasi dengan keadaan lebih senyap, semasa menghidupkan enjin dan melancarkan operasi Start & Stop (mula henti).
  • Boleh disambung dengan aplikasi Y-Connect untuk terima notifikasi panggilan dan mesej masuk,
    peringatan servis, statistik penggunaan bahan api dan lokasi parkir terakhir.
  • Ada fungsi Answer Back System untuk memudahkan anda cari dimanakah lokasi skuter ini.
  • Meter jenis LCD dan lampu depan kini jenis LED.
  • Lantai pijak jenis antigelincir dan saiznya lebar untuk tunggangan lebih stabil dan selesa.
  • Ruang simpanan bawah tempat duduk 18.6 liter

SPESIFIKASI EGO GEAR PRO

  • Enjin satu silinder tunggal 125cc SOHC 2-injap dengan sistem sejukan udara dan menggunakan teknologi pancitan bahan api (FI)
  • Kotak gear jenis CVT automatik dan tali sawat untuk pacuan roda belakang
  • Gerek x lejang: 52.4mm x 57.9mm
  • Nisbah mampatan: 11.0 : 1
  • Kuasa: 8.28hp @ 6,500rpm
  • Tork: 9.9Nm @ 5,000rpm
  • Tork puncak 10.6Nm @ 4,500rpm dengan bantuan Power Assist
  • Meter digital LCD
  • Frem underbone
  • Fork teleskopik biasa dan absober belakang jenis tunggal dipasang di sebelah kiri
  • Saiz tayar depan dan belakang ialah 110/70-12
  • Brek cakera tunggal untuk roda depan, brek dram untuk roda belakang
  • Tangki minyak 5.1 liter
  • Berat kasar skuter 95kg
  • Tinggi tempat duduk 750mm
  • Panjang 1,850mm
  • Lebar 685mm
  • Tinggi 1,075mm
  • Jarak roda 1,280mm
  • Jarak lega bumi 135mm