MForce bakal jalankan kempen panggilan balik untuk tukar ekzos semua skuter QJMOTOR AX200S

MForce Bike Holdings (MForce) memandang serius aduan segelintir pemilik skuter QJMOTOR AX200S berhubung kejadian ekzos retak dan syarikat itu sudah mengeluarkan satu memo tindakan.

Memo itu menyatakan MForce akan menjalankan satu kempen panggilan balik (recall) untuk menukar ganti komponen ekzos untuk semua skuter QJMOTOR AX200S. Semua?

Ya…semua skuter QJMOTOR AX200S dan bukannya hanya unit-unit terjejas. Ini satu langkah yang menunjukkan komitmen dan tanggungjawab MForce kepada pelanggan mereka.

Susulan aduan segelintir pengguna skuter QJMOTOR AX200S, MForce sudah berhubung dengan QJMOTOR mengenai isu ekzos retak (crack) da kedua-dua pihak kekal komited untuk mengambil langkah-langkah pembaikan secara serius.

Kru kami sudah berhubung dengan pihak MForce dan komponen ekzos baharu yang dipertingkatkan dijangka tiba di Malaysia dalam tempoh 2 atau 3 bulan lagi. Perkembangan selanjutnya akan diumumkan MForce dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN