Skuter QJMOTOR FORT 600 bakal masuk Malaysia, anggaran harga RM40,000!

QJMOTOR sedang menunjukkan sebuah skuter maksi terbahru mereka iaitu QJMOTOR Fort 600 di Pameran Motor Milan (EICMA) 2025 di Itali.

Menariknya, kru kami menerima maklumat bahawa model skuter ini juga akan dilancarkan di Malaysia dengan anggaran harga badan bawah RM40,000 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran

Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings, Asri Ahmad menjelaskan anggaran harga bawah paras RM40,000 itu adalah selari dengan objektif utama MForce iaitu untuk memastikan rakyat Malaysia boleh memiliki skuter premium pada harga yang berbaloi.

Untuk pilihan warna, QJMOTOR Fort 600 ada dua pilihan iaitu perak dan hitam. Maklumat awal mengatakan model ini dibangunkan dengan kerjasama bersama KYMCO. Ini adalah perincian awal yang kami terima:

SPESIFIKASI

  • Enjin 2-silinder 550cc dengan 8 injap dengan sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api.
  • Sistem kotak gear jenis automatik CVT.
  • Kuasa maksimum 39.5kw pada 7,500rpm
  • Tork 54Nm pada 5,750rpm
  • Enjin dihidupkan dengan butang pemula
  • Pacuan akhir di roda belakang berasaskan tali sawat
  • Panjang: 2,165mm
  • Lebar 795mm
  • Tinggi 1,400rpm
  • Jarak roda 1,580mm
  • Tinggi pelana 750mm
  • Jarak bumi 140mm
  • Berat kasar 214kg
  • Tangki minyak 14 liter
  • Tayar depan 120/70 – 15
  • Tayar belakang 160/60 – 15