Kawasaki lancar 2 motosikal dual sport KLX230 Sherpa S dan KLX230 DF

Kawasaki mengumumkan dua model dwi-sukan baru iaitu KLX230 Sherpa S dan KLX230 DF ke pasaran Amerika. Dua model ini menggunakan enjin dan platform macam model KLX230.

Kawasaki KLX230 Sherpa S sesuai ditunggang di bandar dan penunggang baru. Motosikal KLX230 DF lebih kepada mereka yang lebih gemar di permukaan jalan off road dan bandar.

Dua model ini menggunakan enjin sama 4-strok silinder tunggal 233cc SOHC sejukan udara dan suntikan bahan api (bukan karburator). Kotak gear 6 kelajuan dengan klac manual dan pacuan rantai.

Frame sama macam KLX230 dan menggunakan kombinasi rim 21-inci depan dan 18-inci belakang.

Sistem brek menggunakan brek cakera corak petal dan dibantu sistem brek ABS untuk model Sherpa dan DF.

Semasa menunggang off-road, tindak balas brek ABS akan jadi lewat sedikit untuk membolehkan tayar slide sebelum sistem bantu stabilkan balik roda.

Kalau di jalan berturap, sistem ABS bertindak macam biasa. Tapi brek ABS boleh ditutup menerusi suis yang dipasang di bar hendal kiri.

KLX230 Sherpa S dan KLX230 DF dapat hand guards, skid plate, meter LCD dan ada sambungan smartphone.

Kawasaki KLX230 Sherpa S

  • Motosikal praktikal digunakan di jalan bandar atau jalan luar bandar.
  • Tempat duduknya lebih rendah 825mm
  • Fork teleskopik 37mm dengan travel 157mm.
  • Absober tunggal sistem Uni-Track boleh dilaras dengan travel 167mm.
  • Tangki minyak 7.5 liter.
  • Warna Whitish Beige.
  • Berat 135kg
  • Harga US$5,699 (RM24,270)

Kawasaki KLX230 DF

  • Sesuai di bandar dan lebih memanfaat kalau di jalan off road.
  • Tinggi tempat duduk 845mm
  • Fork teleskopik 37mm dengan trave 200mm
  • Absober tunggal sistem Uni-Track boleh dilaras dengan travel 223mm
  • Tangki minyak 7.5 liter.
  • Ada rak kotak belakang, pelindung enjin diikat dengan frem dan jarak lebih tinggi dari bumi.
  • Warna Medium Cloudy Gray.
  • Berat 137kg.
  • Harga US$5,799 (RM24,696).

Koleksi Gambar Kawasaki KLX230 Sherpa S

Koleksi Gambar Kawasaki KLX230 DF