Boon Siew Honda melancarkan Honda CBR150R Special Edition ‘CyberRoar’ di Malaysia dengan gabungan warna magenta-orange dan harga badannya RM14,399.
‘CyberRoar’ akan berada di kedai-kedai IMPIAN X mulai 15 Julai 2025 tapi… 250 buah saja yang ditawarkan di seluruh Malaysia. Kelainan model ini ada 2 yang akan dijelaskan di sini:
- Warna eksklusif magenta dan ada wajah harimau di sebelah tepi motor. Lebih banyak sticker badan berbanding motor CBR150R Standard.
- Dapat 3 barang eksklusif dengan setiap pembelian iaitu Panoramic Sport Camera, Intercom dan LED Reflective Bag.
Perubahan cuma bahagian warna kerana data teknikalnya (spesifikasi) tidak diubah atau mendapat apa-apa tambahan istimewa.