Lima bulan sudah berlalu dan apakah prestasi jualan motosikal dan skuter bagi pengeluar-pengeluar motosikal utama di Malaysia?
Informasi yang kru kami terima mendapati setiap bulan, ada purata lebih 50,000 motosikal dan skuter dijual di seluruh Malaysia. Ini termasuk motosikal kecil dan motosikal kapasiti besar.
Sepanjang lima bulan ini, tempat pertama dimiliki Yamaha dengan prestasi stabil – kuasai pasaran Malaysia lebih 50 peratus setiap bulan.
Honda selaku naib juara untuk lima bulan ini menunjukkan prestasi jualan hampir separuh daripada apa dicapai Yamaha.
Kalau ikutkan peratusan, pencapaian Honda setiap bulan antara 22 – 25 peratus dari jumlah motosikal di jual di Malaysia.
Data menunjukkan:
- Honda menjual purata 12,900 hingga 14,300 unit motosikal dan skuter setiap bulan.
- Yamaha menjual purata 27,700 hingga 35,500 buah motosikal dan skuter sebulan.
Selepas Honda dan Yamaha ialah MForce. Ada benda menarik tentang jenama yang duduk di tempat ketiga ini.
Rekod MForce dari bulan Januari sampai ke bulan Mei 2025 menunjukkan jualan semakin naik sebulan demi sebulan tanpa gagal – setakat ini belum turun sikit pun.
Menariknya, MForce nampak macam ada di landasan betul menuju misi: MForce mahu kuasai sehingga 20 peratus pasaran motosikal dan skuter Malaysia tahun 2025.
- Januari: 6,826 unit (13.10 peratus)
- Februari: 7,643 unit (13.45 peratus)
- Mac: 7,926 unit (12.61 peratus)
- April: 8,147 unit (14.84 peratus)
- Mei: 9,021 unit (14.58 peratus)
MForce menunjukkan sifat agresif untuk terus mara ke depan dengan membawa macam-macam tawaran motosikal dan skuter yang menarik pembeli tapi harga jauh lagi menyenangkan pengguna.
Tahun ini saja ada banyak model skuter menarik tapi harga rendah diluncurkan seperti skuter QJMOTOR AX200S, SYM ADXTG400, ARIIC 318GT dan SYM ADV300.
Ada banyak lagi model akan dibawa MForce dalam bulan-bulan akan datang. Informasi yang kru kami terima tentang model baru ada dikongsi di bawah ini:
- Skuter Nexy+ 180i akan masuk Malaysia tidak lama lagi
- EURO Griffin 180i sudah masuk Malaysia, lancar September 2025?
- SYM MMBCU aka SYM Naga 150 juga akan masuk Malaysia, harga bawah RM9,000?
- Moto Morini 450 Allthrhike: Bila nak lancar di Malaysia?
- QJMOTOR SRK250 RD akan cetus perang sportbike 250cc 4 inline?
- QJMOTOR SRV250 AMT: Motor crusier paling santai, boleh tunggang macam skuter
- Betul ke ada lagi naked bike 250cc dengan harga bawah RM10,000 akan masuk Malaysia?
- Jenama motosikal gaya premium X-WEDGE datang Malaysia tapi harga belum tentu premium
Ini hanya beberapa model diketahui dan khabarnya ada banyak lagi kejutan akan dibuat MForce tak lama lagi untuk pasaran motosikal Malaysia. Kita tunggu apa kejutan lagi dari MForce.