QJMOTOR LTR 150 (2024): Skuter klasik gaya moden tapi harga badan RM8,888

QJMOTOR LTR 150 (2024) ialah model skuter bergaya retro-moden yang dilancarkan dengan harga badan RM8,888 (tidak masuk cukai jalan dan pendaftaran) pada Februari 2024.

Skuter ini ada empat warna pilihan iaitu Lime Creme (hijau), Sky Blue (biru), Mint Green (hijau lembut) dan Carnation Pink (merah jambu).

Spesifikasi QJMOTOR LTR 150 adalah seperti berikut:

  • Enjin 4 strok silinder tunggal 149cc SOHC 4 injap dengan sistem sejukan cecair.
  • Penyampaian petrol ke kebuk pembakaran adalah melalui sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 16.4hp @ 8,500rpm
  • Tork puncak pula 14.8Nm @ 6,500rpm.
  • Sistem transmisi jenis automatik CVT.
  • Meter digital latar putih
  • Sistem lampu LED penuh. Ada lampu DRL dan lampu kecemasan
  • Ada butang henti-mula (idle stop).
  • Fork teleskopik
  • Absorber belakang jenis tunggal, diposisi sebelah kiri.
  • Rim aloi depan-belakang saiz 12 inci
  • Tayar depan 100/90
  • Tayar belakang 110/90
  • Brek cakera tunggal 190mm untuk bahagian depan.
  • Brek cakera belakang 225mm.
  • Ada Sistem Brek AntiKunci (ABS) dua saluran.
  • Tinggi tempat duduk 760mm
  • Ada tempat simpanan kecil di bahagian panel depan.
  • Ada soket pengecas USB.
  • Tangki minyak 6.5 liter.
  • Berat 118kg.
  • Panjang 1,900mm
  • Lebar 710mm.
  • Tinggi 1,110mm.
  • Jarak dari bumi 120mm
  • Jarak roda 1,300mm.
  • Jaminan pengeluar 2 tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dulu).