Boon Siew Honda baru-baru ini rasmi melancarkan model adventure terbaharu Honda CRF250 Rally 2024, dengan harga jualan asas sebanyak RM 28,599.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Model itu hanya mempunyai satu pilihan warna iaitu Extreme Red.
Honda CRF250 Rally 2024 dikuasakan enjin 250cc (single-cylinder, four-stroke, liquid-cooled, DOHC), dengan kuasa maksimum 24.53hp @ 9,000rpm dan tork setinggi 21.9Nm @ 6,500rpm. Berat motosikal adventure itu mencapai 153 kg, dan tangki bahan apinya berkapasiti 12.8 liter.