CFMOTO 450NK 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 25,888.00

CFMOTO Malaysia baru-baru ini rasmi melancarkan model naked terbaharu CFMOTO 450NK 2024. Ianya dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 (22 – 26 Mei), dengan dua pilihan warna menarik Nebula White dan Zephyr Blue. Harga asasnya ditawarkan sebanyak RM 25,888.00.

Dari segi reka bentuk, CFMOTO 450NK tampil sporty dan moden. Enjinnya bersesaran 449.5cc (270-degree crankshaft parallel-twin engine, liquid-cooled, DOHC) dengan keluaran maksimum 49.6hp @ 9,500rpm dan tork 39Nm @ 7,600rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan slipper clutch. Turut melengkapinya ialah traction control.

Spesifikasi standard lain termasuklah fork depan upside-down, suspensi belakang monoshock (with preload adjustable), sistem brek cakera depan 320 mm dan belakang 220 mm dengan ABS Dual Channel, sistem lampu LED, paparan panel meter TFT 5.0 inci dengan pelbagai informasi (supports navigation projection), dan juga kemudahan port pengecas USB (Type C / Type-A).

Untuk perjalanan yang lebih jauh, CFMOTO 450NK dilengkapi tangki bahan api 14 liter. Tempat duduknya yang selesa hadir dengan ketinggian 795 mm. Untuk pengendalian terbaik, tayar depan dan belakangnya bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17, dan beratnya 173 kg (curb weight).