Benda Napoleon Bob 500 2024 kini di Malaysia – RM 27,888.00

Di pasaran tempatan pada ketika ini, Benda Motor Malaysia merupakan sebuah jenama baharu yang diedarkan secara rasmi oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. Buat permulaan, dua buah model motosikal menarik telah dilancarkan oleh Benda Motor Malaysia baru-baru ini, bertempat di Malaysia Autoshow 2024, yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor (22 – 26 Mei 2024).

Kedua-dua model tersebut ialah Benda Dark Flag 500 V4 2024 dan Benda Napoleon Bob 500 2024. Artikel ini bagaimanapun akan memberikan tumpuan kepada model Napoleon Bob 500 terlebih dahulu. Untuk model tersebut, harga jualan asas yang ditawarkan adalah sebanyak RM 27,888.00 sahaja, dan ianya tampil dengan dua pilihan warna yang menarik hitam dan kelabu.

Seterusnya, Benda Napoleon Bob 500 dikuasakan enjin bersesaran 475.6cc (V-twin cylinder, 4-stroke, 8-valve, DOHC, liquid-cooled) dengan prestasi 47hp @ 8,800rpm dan tork puncak 42Nm @ 6,700rpm. Enjin itu dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan slipper clutch. Model bergaya bobber itu juga dilengkapi traction control, bersama-sama ABS Dual Channel.

Melengkapkan lagi spesifikasi dan ciri-ciri menariknya ialah sistem lampu LED, panel instrumen digital, tangki petrol 16 liter, fork depan jenis terbalik, suspensi belakang berkembar (preload adjustable), tinggi tempat duduk 695 mm, dan tayar depan dan belakang berukuran 150/80-R16 dan 180/65-R16 dengan rim aloi aluminium. Berat kering model berkenaan mencapai 201 kg.

Artikel berkaitan :